Statistik dan rekod kelab A.C._Milan

Paolo Maldini masih memegang rekod penampilan terbanyak Milan.

Paolo Maldini setakat ini memegang kedua-dua rekod penampilan terbanyak keseluruhan dan Serie A untuk Milan dengan 1000 penampilan secara keseluruhan, dan 600 dalam Serie A (seperti pada 14 Mei, 2007, tidak termasuk perlawanan playoff), di mana ia merupakan rekod sepanjang masa dalam sejarah Serie A. [39]

Penjaring terbanyak keseluruhan Milan adalah seorang pemain Sweden, Gunnar Nordahl di mana, dalam 268 perlawanan, telah berjaya menjaringkan 221 gol.[40] Andriy Shevchenko berada di tempat kedua dengan 173 gol dalam 298 perlawanan untuk kelab itu.

Kelab itu juga memegang rekod unik dengan menamatkan sesebuah musim tanpa kalah sebarang perlawanan dalam musim 1991-92. Secara keseluruhannya, rekod tanpa kalah itu berlanjutan sehingga 58 perlawanan, bermula dengan seri 0-0 dengan Parma pada 26 Mei 1991 dan secara ironiknya berakhir dengan kekalahan 1-0 di tempat sendiri kepada Parma pada 21 Mac 1993. Rekod tanpa kalah ini merupakan rekod Serie A dan ia adalah rekod tanpa kalah ke-3 terpanjang dalam liga atasan bolasepak Eropah. Ia berada di belakang rekod Steaua Bucharest dengan 104 perlawanan tanpa kalah dan Glasgow Celtic yang telah bermain 68 perlawanan tanpa kalah.[41][42]

Ketika ini, AC Milan memiliki kejuaraan antarabangsa kelab terbanyak di dunia yang diiktiraf FIFA setelah mengalahkan Boca Juniors dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2007.[43] Milan juga merupakan pasukan nombor satu Europah mengikut senarai UEFA. Ini membolehkan Milan berada dalam tempat pertama dalam semua undian Eropah, dan membenarkan Milan mengelak kelab besar Eropah yang lain dalam kejohanan UEFA.[44]